Antara faedah-faedah amalan gotong royong adalah 😉 😉
1 mempercepat dan meringankan kerja
2 menjimatkan wang
3 merapatkan silaturahim
4 menimbulkan rasa tanggungjawab
Masyarakat Melayu dahulukala terkenal dengan amalan gotong-royong. Namun demikian, kini amalan gotong-royong semakin luntur dan dilupakan. Sebenarnya, banyak faedah dapat diperoleh daripada amalan gotong – royong.
Antara faedah itu ialah gotong –royong dapat mempercepat dan meringankan sesuatu kerja. Sebagai contohnya, jiran tetangga membantu sesebuah keluarga dalam persiapan untuk kenduri kahwin. Dalam kerja membina jambatan kayu atau membersihkan kawasan perumahan pula, penduduk menyumbangkan tenaga untuk melakukannya secara beramai-ramai.
Selain itu, amalan gotong-royong untuk melakukan sesuatu tugas juga menjimatkan wang. Hal ini demikian kerana amalan gotong-royong tidak membabitkan pembayaran upah. Orang-orang yang menyertai gotong- tidak membabitkan pembayaran upah. Orang-orang yang menyertai gotong-royong berbuat demikian secara sukarela. Mereka bersedia untuk menyumbangkan tenaga dan masa demi kebaikan bersama.
Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat merapatakan silaturahim sesama anggota masyarakat. Sifat mesra dan akrab terjalin sesama jiran tetangga secara tidak langsung. Kemesraan dan keakraban yang terjalin itu akan melahirkan sifat penyayang dalam kalangan jiran tetangga apabila seseorang jiran itu memerlukan bantuan kecemasan, seperti dalam hal kematian dan kebakaran rumah.
Seterusnya, amalan gotong –royong juga dapat menimbulkan rasa tanggungjawab masyarakat untuk menjaga harta benda awam. Mereka akan menyedari kepentingan dan faedah kemudahan awam kepada masyarakat. Dengan itu, perbuatan golongan remaja yang merosakkan kemudahan awam dapat dielakkan.
Kesimpulannya, amalan gotong-royong telah diwarisi oleh masyarakat Malaysia sejak zaman-berzaman. Oleh itu, usaha harus diambil untuk menyuburkan amalan ini dalam generasi muda.
No comments:
Post a Comment