Sunday, 1 October 2017

FAEDAH-FAEDAH AMALAN GOTONG ROYONG

Antara faedah-faedah amalan gotong royong adalah ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ˜‰

1  mempercepat dan meringankan kerja

2  menjimatkan wang

3  merapatkan silaturahim

4  menimbulkan rasa tanggungjawab



Masyarakat Melayu dahulukala terkenal dengan amalan gotong-royong.  Namun demikian,  kini amalan gotong-royong semakin luntur dan dilupakan. Sebenarnya,  banyak faedah dapat diperoleh daripada amalan gotong – royong.

Antara faedah itu ialah gotong –royong dapat mempercepat dan meringankan sesuatu kerja.  Sebagai contohnya, jiran tetangga membantu sesebuah keluarga dalam persiapan untuk kenduri kahwin.  Dalam kerja membina jambatan kayu atau membersihkan kawasan perumahan pula,  penduduk menyumbangkan tenaga untuk melakukannya secara beramai-ramai.

Selain itu,  amalan gotong-royong untuk melakukan sesuatu tugas juga menjimatkan wang.  Hal ini demikian kerana amalan gotong-royong tidak membabitkan pembayaran upah.  Orang-orang yang menyertai gotong- tidak membabitkan pembayaran upah.  Orang-orang yang menyertai gotong-royong berbuat demikian secara sukarela. Mereka bersedia untuk menyumbangkan tenaga dan masa demi kebaikan bersama.

Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat merapatakan silaturahim sesama anggota masyarakat.  Sifat mesra dan akrab terjalin sesama jiran tetangga secara tidak langsung.  Kemesraan dan keakraban yang terjalin itu akan melahirkan sifat penyayang dalam kalangan jiran tetangga apabila seseorang jiran itu memerlukan bantuan kecemasan, seperti dalam hal kematian dan kebakaran rumah.

Seterusnya,  amalan gotong –royong juga dapat menimbulkan rasa tanggungjawab masyarakat untuk menjaga harta benda awam.  Mereka akan menyedari kepentingan dan faedah kemudahan awam kepada masyarakat.  Dengan itu,  perbuatan golongan remaja yang merosakkan kemudahan awam dapat dielakkan.

Kesimpulannya, amalan gotong-royong telah diwarisi oleh masyarakat Malaysia sejak zaman-berzaman. Oleh itu,  usaha harus diambil untuk menyuburkan amalan ini dalam generasi muda.

Aktiviti Gotong Royong oleh Jabatan Kimia Malaysia

  
                                                                                                                                                          Program Gotong Royong Perdana 2017 Jabatan Kimia Malaysia
Pada 4 April 2017,Petaling Jaya,Program Gotong Royong Perdana 2017 Jabatan Kimia Malaysia , Ibu Pejabat yang diadakan di sekitar kawasan jabatan.
Objektif program gotong royong :
(melibatkan semua warga KIMIA) 
  • Untuk memperindahkan persekitaran jabatan.
  • Untuk memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk di sekitarnya.
  • Dapat menyemai semangat kekitaan, permuafakatan serta perasaan ‘sense of belonging’ warga Kimia kepada Jabatan Kimia Malaysia dicintai.

Aktiviti yang telah diadakan di sepanjang program :

  1. kerja-kerja pembersihan di sekitar jabatan.
  2. mengecat pagar.
  3.  pembahagi jalan.
  4. menanam pokok dan sebagainya.

Sempena Program Gotong Royong Perdana di Jabatan Kimia Malaysia di Ibu Pejabat, suatu jamuan telah diadakan untuk semua warga Kimia yang telah berhempas pulas dalam menyumbang tenaga dan keringat dalam menjayakan program ini. Jamuan ini telah ditaja oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia bersama-sama dengan semua para pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat baru-baru ini.

Wednesday, 27 September 2017

Remaja zaman sekarang..nk nampak bergotong-royong harapkan dekat sekolah..u dengan kolej๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€tp nk ampak mereka bergotong-royong dalam kawasan kejiranan..ntah bile laa๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ

apakah cara untuk kita menarik remaja masa kini untuk terlibat dalam aktiviti bergotong-royong????
Pada pendapat korang........knape semangat bergotong-royong semakin pudar di kalangan generasi sekarang....adakah disebabkan perkembangan teknologi hubungan kita sesama manusia semakin jarak atau hanya di alam maya..๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ
Apakah perkara yang paling "enjoy" masa gotong-royong ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

selain dapat  makanan freee...nyumm..nyumm





Monday, 25 September 2017

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, aktiviti gotong-royong kepda masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’. Pada pendapat kami, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan Surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian. 

ISU SEMASA BERKAITAN GOTONG-ROYONG

Sebahagian ahli KRT Serendah yang menyertai gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Paya Mengkuang, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 6 April – Budaya gotong-royong perlu terus disuburkan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda bagi memastikan warisan budaya itu tidak luput ditelan zaman.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serendah, Kadir Ismail berkata, aktiviti tersebut mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan.
“Budaya yang baik ini perlu dipertahankan bagi memastikan golongan muda akan mewarisi perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas gotong royong di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Mengkuang di sini hari ini.
Program yang mendapat kerja­sama daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rantau Panjang itu dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Mas, Datin Seri Suhanie Deraman.
Selain bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan, pihaknya turut mengecat pagar dan papan tanda yang terdapat di tanah perkuburan tersebut.
“Lebih 150 ahli KRT serta penduduk kampung termasuk golongan belia tidak melepaskan peluang untuk menyertai program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, memgecat dan sebagainya.
“Aktiviti ini diharap dapat memupuk kerjasama antara ahli-ahli KRT dan penduduk tempatan di samping memberikan keceriaan penduduk,’’ ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya me­ngucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup bermandi peluh untuk membersih­kan kawasan ini.

PROGRAM gotong-royong diadakan bertujuan mencegah penularan wabak H5N1.

KUALA LUMPUR 9 April – Kira-kira 300 penduduk dan peniaga Pasar Harian Selayang di sini bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pasar ber­kenaan sebagai langkah mencegah penularan penyakit termasuk wabak selesema burung atau H5N1.
Program anjuran Rumah Amal Cheshire Selangor dan Pasar Harian Selayang itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Pegawai Penyelaras Program Abdul Aziz Mohd. Alias berkata, program itu juga merupakan platform kepada peniaga, penduduk dan agensi terlibat untuk turun padang dan sama-sama menjalankan aktiviti membersihkan kawasan persekitaran yang menjadi tum-puan orang ramai itu.
“Menjaga kebersihan bukan untuk keindahan persekitaran sahaja, tetapi juga menjaga kesihatan masyarakat terutama dalam usaha mencegah penularan wabak denggi dan terbaharu H5N1,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai program tersebut.
Yang turut hadir Ahli Majlis MPS, Mohd. Fauzan Madzlan.
Beliau berkata, penglibatan semua pihak menunjukkan kesedaran mereka betapa pentingnya pencegahan di peringkat awal.
“Peniaga dan penduduk tidak menghalang cadangan DBKL membina pusat penyembelihan ayam di kawasan ini, tetapi perlu memastikan ia tidak memudaratkan masyarakat sekitar.

“Usaha ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan tapak projek terletak berhampiran de­ngan 60 kawasan perumahan dan bayangkan jika berlaku penularan wabak tersebut,” kata-nya.


TIMBALAN Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner, Norizan Murad (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid (empat dari kanan) turut serta dalam Program Gotong-royong Perdana Sambutan Hari Polis ke-210 di Tanah Perkuburan Alor Ladang di sini hari ini.

KUANTAN 1 April - Gotong-royong merupakan pendekatan terbaik untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat di samping melaksanakan kempen atau ceramah.
Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Norizan Murad berkata, pelbagai platform boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam usaha mendapatkan maklumat sekali gus matlamat untuk mencegah jenayah dapat dicapai.
``Kita mahu mengeratkan hubungan antara masyarakat dan polis bukan sekadar sebagai jaringan penyalur maklumat tetapi juga mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
``Pada program kali ini pihak polis bukan sekadar melakukan aktiviti pembersihan di kawasan tanah perkuburan tetapi dalam masa yang sama dapat beramah mesra dan mengenali penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Polis ke-210 di sini hari ini.
Seramai 170 anggota termasuk pegawai terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Alor Ladang, Beserah di sini.
Menurut Norizan, program-program bersama komuniti sememangnya cukup signifikan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuma berbeza pendekatan dan lokasi.
``Seperti tema sambutan kali ini iaitu 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'. Demikianlah yang kita harapkan setiap kali pelaksanaan satu-satu program bersama komuniti.
``Saya harap hubungan baik PDRM dengan masyarakat berterusan dan tidak terhenti sebaik sahaja pelaksanaan program itu selesai," jelasnya.

Tambahnya, beliau berharap lebih banyak lagi program bersama masyarakat diadakan termasuk penganjuran dari pihak penduduk sendiri. -UTUSAN ONLINE