Monday 25 September 2017

ISU SEMASA BERKAITAN GOTONG-ROYONG

Sebahagian ahli KRT Serendah yang menyertai gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Paya Mengkuang, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 6 April – Budaya gotong-royong perlu terus disuburkan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda bagi memastikan warisan budaya itu tidak luput ditelan zaman.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serendah, Kadir Ismail berkata, aktiviti tersebut mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan.
“Budaya yang baik ini perlu dipertahankan bagi memastikan golongan muda akan mewarisi perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas gotong royong di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Mengkuang di sini hari ini.
Program yang mendapat kerja­sama daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rantau Panjang itu dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Mas, Datin Seri Suhanie Deraman.
Selain bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan, pihaknya turut mengecat pagar dan papan tanda yang terdapat di tanah perkuburan tersebut.
“Lebih 150 ahli KRT serta penduduk kampung termasuk golongan belia tidak melepaskan peluang untuk menyertai program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, memgecat dan sebagainya.
“Aktiviti ini diharap dapat memupuk kerjasama antara ahli-ahli KRT dan penduduk tempatan di samping memberikan keceriaan penduduk,’’ ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya me­ngucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup bermandi peluh untuk membersih­kan kawasan ini.

PROGRAM gotong-royong diadakan bertujuan mencegah penularan wabak H5N1.

KUALA LUMPUR 9 April – Kira-kira 300 penduduk dan peniaga Pasar Harian Selayang di sini bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pasar ber­kenaan sebagai langkah mencegah penularan penyakit termasuk wabak selesema burung atau H5N1.
Program anjuran Rumah Amal Cheshire Selangor dan Pasar Harian Selayang itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Pegawai Penyelaras Program Abdul Aziz Mohd. Alias berkata, program itu juga merupakan platform kepada peniaga, penduduk dan agensi terlibat untuk turun padang dan sama-sama menjalankan aktiviti membersihkan kawasan persekitaran yang menjadi tum-puan orang ramai itu.
“Menjaga kebersihan bukan untuk keindahan persekitaran sahaja, tetapi juga menjaga kesihatan masyarakat terutama dalam usaha mencegah penularan wabak denggi dan terbaharu H5N1,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai program tersebut.
Yang turut hadir Ahli Majlis MPS, Mohd. Fauzan Madzlan.
Beliau berkata, penglibatan semua pihak menunjukkan kesedaran mereka betapa pentingnya pencegahan di peringkat awal.
“Peniaga dan penduduk tidak menghalang cadangan DBKL membina pusat penyembelihan ayam di kawasan ini, tetapi perlu memastikan ia tidak memudaratkan masyarakat sekitar.

“Usaha ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan tapak projek terletak berhampiran de­ngan 60 kawasan perumahan dan bayangkan jika berlaku penularan wabak tersebut,” kata-nya.


TIMBALAN Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner, Norizan Murad (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid (empat dari kanan) turut serta dalam Program Gotong-royong Perdana Sambutan Hari Polis ke-210 di Tanah Perkuburan Alor Ladang di sini hari ini.

KUANTAN 1 April - Gotong-royong merupakan pendekatan terbaik untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat di samping melaksanakan kempen atau ceramah.
Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Norizan Murad berkata, pelbagai platform boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam usaha mendapatkan maklumat sekali gus matlamat untuk mencegah jenayah dapat dicapai.
``Kita mahu mengeratkan hubungan antara masyarakat dan polis bukan sekadar sebagai jaringan penyalur maklumat tetapi juga mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
``Pada program kali ini pihak polis bukan sekadar melakukan aktiviti pembersihan di kawasan tanah perkuburan tetapi dalam masa yang sama dapat beramah mesra dan mengenali penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Polis ke-210 di sini hari ini.
Seramai 170 anggota termasuk pegawai terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Alor Ladang, Beserah di sini.
Menurut Norizan, program-program bersama komuniti sememangnya cukup signifikan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuma berbeza pendekatan dan lokasi.
``Seperti tema sambutan kali ini iaitu 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'. Demikianlah yang kita harapkan setiap kali pelaksanaan satu-satu program bersama komuniti.
``Saya harap hubungan baik PDRM dengan masyarakat berterusan dan tidak terhenti sebaik sahaja pelaksanaan program itu selesai," jelasnya.

Tambahnya, beliau berharap lebih banyak lagi program bersama masyarakat diadakan termasuk penganjuran dari pihak penduduk sendiri. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment