Remaja zaman sekarang..nk nampak bergotong-royong harapkan dekat sekolah..u dengan kolej๐๐๐๐๐tp nk ampak mereka bergotong-royong dalam kawasan kejiranan..ntah bile laa๐ฎ๐ฎ๐ฎ
apakah cara untuk kita menarik remaja masa kini untuk terlibat dalam aktiviti bergotong-royong????
Wednesday, 27 September 2017
Monday, 25 September 2017
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya,
aktiviti gotong-royong kepda masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan
peribahasa melayu ‘muafakat membawa
berkat’. Pada pendapat kami, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan
gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan Surat khabar
secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu,
semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup
bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.
ISU SEMASA BERKAITAN GOTONG-ROYONG
Sebahagian ahli KRT Serendah yang menyertai gotong-royong
membersihkan Tanah Perkuburan Islam Paya Mengkuang, Pasir Mas, Kelantan,
semalam.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serendah, Kadir Ismail berkata, aktiviti tersebut mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan.
“Budaya yang baik ini perlu dipertahankan bagi memastikan golongan muda akan mewarisi perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas gotong royong di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Mengkuang di sini hari ini.
Program yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rantau Panjang itu dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Mas, Datin Seri Suhanie Deraman.
Selain bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan, pihaknya turut mengecat pagar dan papan tanda yang terdapat di tanah perkuburan tersebut.
“Lebih 150 ahli KRT serta penduduk kampung termasuk golongan belia tidak melepaskan peluang untuk menyertai program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, memgecat dan sebagainya.
“Aktiviti ini diharap dapat memupuk kerjasama antara ahli-ahli KRT dan penduduk tempatan di samping memberikan keceriaan penduduk,’’ ujarnya.
Tambah beliau, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup bermandi peluh untuk membersihkan kawasan ini.
PROGRAM gotong-royong diadakan bertujuan mencegah
penularan wabak H5N1.
Program anjuran Rumah Amal Cheshire Selangor dan Pasar Harian Selayang itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Pegawai Penyelaras Program Abdul Aziz Mohd. Alias berkata, program itu juga merupakan platform kepada peniaga, penduduk dan agensi terlibat untuk turun padang dan sama-sama menjalankan aktiviti membersihkan kawasan persekitaran yang menjadi tum-puan orang ramai itu.
“Menjaga kebersihan bukan untuk keindahan persekitaran sahaja, tetapi juga menjaga kesihatan masyarakat terutama dalam usaha mencegah penularan wabak denggi dan terbaharu H5N1,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai program tersebut.
Yang turut hadir Ahli Majlis MPS, Mohd. Fauzan Madzlan.
Beliau berkata, penglibatan semua pihak menunjukkan kesedaran mereka betapa pentingnya pencegahan di peringkat awal.
“Peniaga dan penduduk tidak menghalang cadangan DBKL membina pusat penyembelihan ayam di kawasan ini, tetapi perlu memastikan ia tidak memudaratkan masyarakat sekitar.
“Usaha ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan tapak projek terletak berhampiran dengan 60 kawasan perumahan dan bayangkan jika berlaku penularan wabak tersebut,” kata-nya.
TIMBALAN Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner,
Norizan Murad (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk
Mustaffar Kamal Ab. Hamid (empat dari kanan) turut serta dalam Program
Gotong-royong Perdana Sambutan Hari Polis ke-210 di Tanah Perkuburan Alor
Ladang di sini hari ini.
Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Norizan Murad berkata, pelbagai platform boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam usaha mendapatkan maklumat sekali gus matlamat untuk mencegah jenayah dapat dicapai.
``Kita mahu mengeratkan hubungan antara masyarakat dan polis bukan sekadar sebagai jaringan penyalur maklumat tetapi juga mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
``Pada program kali ini pihak polis bukan sekadar melakukan aktiviti pembersihan di kawasan tanah perkuburan tetapi dalam masa yang sama dapat beramah mesra dan mengenali penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Polis ke-210 di sini hari ini.
Seramai 170 anggota termasuk pegawai terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Alor Ladang, Beserah di sini.
Menurut Norizan, program-program bersama komuniti sememangnya cukup signifikan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuma berbeza pendekatan dan lokasi.
``Seperti tema sambutan kali ini iaitu 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'. Demikianlah yang kita harapkan setiap kali pelaksanaan satu-satu program bersama komuniti.
``Saya harap hubungan baik PDRM dengan masyarakat berterusan dan tidak terhenti sebaik sahaja pelaksanaan program itu selesai," jelasnya.
Tambahnya, beliau berharap lebih banyak lagi program bersama masyarakat diadakan termasuk penganjuran dari pihak penduduk sendiri. -UTUSAN ONLINE
PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Kebelakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti
komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan
golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa
dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca
yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Antaranya:-
·
Kekangan
masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa. Mereka sibuk
dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu
keluarga dll)
·
Kurang
kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
·
Remaja beranggapan
bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
·
Remaja
lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai
kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
·
Sesetengah
remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah
seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.
·
Sesetengah
ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti
tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dll.
·
Remaja
menganggap gotong-royong kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upah atau
ganjaran.
·
Remaja
lebih suka menyendiri dan tidak mahu bergaul rapat dengan masyarakat
sekeliling.
·
Remaja
banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan
video, mendengar muzik dan lain-lain
SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
Malas
Alasan ini merupakan
alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas
adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang, oleh sebab itu saat
orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperan
aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan gotong royong.
Kesibukan
Tak sedikit orang yang
disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hampir tak ada waktu untuk
kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang
rela mengeluarkan uang untuk membayar orang lain untuk mewakili mereka saat ada
gotong royong.
Kecemburuan Sosial
Sering adanya bantuan
langsung dari pemerintah membuat permasalahan tersendiri di masyarakat, hal ini
tak lepas dari pembagian bantuan yang terkadang tidak tepat sasaran. Bahkan,
berkembang asumsi di masyarakat terkait bantuan yang seharusnya dibagi rata.
Nah, kecemburuan dan rasa iri inilah yang terkadang membuat orang jadi enggan
untuk melakukan kegiatan seperti gotong royong.
Pemahaman Keliru Soal Bantuan
Bantuan untuk pembangunan
dari pemerintah membuat orang terkadang keliru dalam memahami, banyak asumsi
bahwa tak perlu ada gotong royong bila sudah ada bantuan dari pemerintah,
karena tenaga kerja sudah di bayar dengan dana bantuan. Memang tak sepenuhnya
keliru, namun ada kalanya bantuan juga butuh swadaya dari masyarakat, karena
ada juga bantuan yang sifatnya stimulan dan butuh partisipasi dari masyarakat.
Dengan banyaknya bantuan yang turun di masyarakat sehingga tak sedikit
masyarakat yang akhirnya "ketergantungan" pada bantuan.
Kurang Bersosialisasi/ Egois
Ego orang yang besar
terkadang membuat orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh
tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.
Demikian tadi lima alasan
atau penyebab budaya gotong royong semakin hilang. Mungkin saja tak sepenuhnya
benar, tapi paling tidak dari kelima alasan tersebut berdasarkan pengalaman
saya selama bermasyarakat. Bahkan masih ada alasan-alasan lain yang muncul,
apalagi sekarang era globalisasi yang membuat orang terkadang berfikir praktis.
Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak mau atau
malas-malasan untuk bergotong royong, kalau sudah begitu, budaya warisan
leluhur tersebut lambat laun akan mengilang.
SEMANGAT GOTONG-ROYONG
Masyarakat pada
hari ini bersikap materialistik sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti
bergotong-royong terpinggir. Bincangkan halangan-halangan amalan
bergotong-royong dan langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat untuk
bergotong-royong.
Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Masyarakat sanggup bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya, usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. Jika ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong.
Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Masyarakat sanggup bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya, usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. Jika ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong.
Antara halangan yang dihadapi oleh masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bergotong-royong ialah kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya. Masyarakat pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman. Masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur khususnya berfikiran lebih terbuka dan bersifat materialistik. Masyarakat menilai dari segi penampilan luaran dan mengamalkan sikap ‘bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’. Seseorang itu dinilai dari segi jenama pakaian, jenis kereta, jenis rumah, jawatan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh dalam bidang masing-masing.
Sehubungan dengan
itu, masyarakat berlumba-lumba membanting tulang mengumpul kekuasaan untuk
mengukuhkan kedudukan masing-masing. Akibat daripada budaya pemikiran tersebut,
kebanyakan masyarakat yang tinggal di kota raya mempunyai karier yang sibuk
kerana rata-rata menjawat pekerjaan yang profesional seperti ahli perniagaan,
peguam dan akauntan. Selain itu, bukan kaum lelaki sahaja yang keluar mencari
nafkah bahkan kaum wanita turut ikut serta. Taraf kaum wanita dikatakan
‘berdiri sama tinggi duduk sama rendah’ dengan kaum lelaki dalam alam kerjaya.
Ini dapat dibuktikan apabila kaum wanita diberi kepercayaan untuk menjawat
pangkat yang tinggi dalam sesebuah firma besar. Lantaran itu, rutin harian
banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. Kesan daripada itu,
walaupun kegiatan bergotong-royong diadakan di tempat kediaman masing-masing
tetapi amalan bergotong-royong tiada sambutan kerana masing-masing tiada di
rumah. Malang lagi, ada yang langsung tidak mengambil peduli persekitaran
sehingga tidak mengetahui adanya kegiatan bergotong-royong ini. Oleh itu, kita
dapat simpulkan bahawa kesibukan dalam kerjaya menjadi penghalang kepada amalan
bergotng-royong.
Institusi rukun tetangga yang tidak berfungsi juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan bergotong-royong. Institusi rukun tetangga ditubuhkan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan kawasan kediaman akan tetapi kemudahan ini tidak digunakan sebaiknya.
Pada suatu ketika
dahulu, institusi rukun tetangga bergerak secara aktif yang diketuai oleh
penghulu kampung. Organisasi ini juga melibatkan golongan pemuda-pemudi selain
daripada golongan yang lebih tua. Secara tidak langsung, golongan muda dapat
bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim dengan golongan tua seperti yang
diuar-uarkan dalam kempen di televisyen iaitu ‘yang tua dihormati yang muda
disayangi’. Pada setiap malam, penghulu akan mengadakan mesyuarat di balai raya
untuk membincangkan keselamatan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
Melalui itu, amalan seperti
bergotong-royong dapat dijalankan dan masyarakat juga berpeluang untuk bergaul
mesra. Apabila zaman telah berubah, kehidupan masyarakat juga mengalami anjakan
paradigma. Kini, organisasi ini hampir tidak bergerak lagi kerana tiada pelapis
untuk mengendalikannya. Orang muda sibuk berkerjaya sehingga ke luar negara
kerana tawaran pendapatan yang lumayan. Ini memberi gambaran awal kepada kita
bahawa golongan muda lebih memandang ganjaran untuk melakukan sesuatu. Oleh
itu, mereka tidak berminat mengendalikan institusi rukun tetangga yang tidak
memberi pulangan hasil. Sebagai hasilnya, keruntuhan institusi rukun tetangga
memberi pengaruh yang besar kepada amalan bergotong-royong.
Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh
masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan
berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik
perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong. Antaranya
ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini bertujuan untuk
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai
rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Untuk memastikan
kempen ini benar-benar berjaya, peranan media massa dan media cetak sangat
penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam televisyen,
radio dan suratkhabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara
meluas. Walaupun kempen seperti ‘cintailah sungai kita’ dan ‘jom ganyang aedes’
merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen ini secara tidak
langsung menuntut masyarakat untuk bergotong-royong. Contohnya, kempen ‘jom
ganyang aedes’ memerlukan masyarakat untuk bergotong-royong membersihkan
kawasan tempat pembiakan aedes iaitu di longkang atau daun-daun kering di
sekitar kawasan rumah. Kempen-kempen tersebut dilihat berkesan kerana
masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan tersebut di samping untuk menjaga
kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil di atas kerjasama media elektronik dan
juga kerajaan seperti bak kata pepatah ‘yang berat sama dipikul yang ringan
sama dijinjing’ yang akhirnya membuahkan hasil.
Bak kata pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Oleh itu, untuk
memastikan masyarakat pada generasi akan datang agar tidak ketandusan nilai
ini, langkah seperti penerapan dalam pendidikan di sekolah wajar dilaksanakan
untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi. Dalam pendidikan, amalan
ini dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik
kewarganegaraan. Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan
nilai-nilai murni dan mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan. Guru
memberi pendedahan dan penerangan tentang nilai-nilai murni tersebut dan
menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan para pelajar dengan amalan
nilai-nilai murni. Selain itu, sekolah juga memain peranan penting untuk
menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong. Pada hari yang tertentu seperti
Hari Guru, Hari Sukan dan pekhemahan pasukan beruniform, sekolah menetapkan
pelajar dan guru untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara
tidak langsung, para pelajar dipupuk amalan ini sejak dari bangku sekolah dan
akan diteruskan sehingga dewasa dalam komuniti masyarakat. Oleh yang
sedemikian, langkah menerapkan nilai ini dalam pendidikan oleh kerajaan harus
dipuji.
Langkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam diri masyarakat ialah
penglibatan dari badan bukan kerajaan(NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh
turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat dalam amalan
gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan mewujudkan masyarakat
bergotong-royong, syarikat swasta boleh menganjurkan pertandingan kampung
tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. Dengan cara itu, masyarakat
lebih tertarik untuk menyertainya dan mula bergotong-royong mencantikkan
kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan aktif dapat
menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut dalam kehidupan
komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej yang dibawa oleh
kerajaan untuk mempergiat amalan ini.
Secara tuntasnya,
amalan bergotong-royong ini sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat
sehingga kerajaan mengambil beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali
amalan tersebut. Kerajaan boleh mengguna kaedah yang lain dan lebih kreatif
untuk memikat masyarakat. Jika amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup
dalam keadaan tidak aman dan sengsara. Sehubungan dengan itu, masyarakat harus
bermula dari sekarang untuk mengubah diri agar amalan ini dipraktikkan sehingga
akan datang dan dianggap amalan yang ‘tak basah dek hujan, tak lekang dek
panas’. Sebagai penutup wacana, marilah kita belajar amalan yang baik ini dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, ‘yang baik dijadikan
teladan,yang buruk dijadikan sempadan’
USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan
yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya
terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya
pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara
amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan
membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan
masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada
berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan
peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan
mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat
memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti
gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan
perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya,
aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar
dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
CONTOH AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Contoh kegiatan yang dapat dilakukan
secara bergotong royong antara lain pembangunan fasilitas umum dan membersihkan
lingkungan sekitar. Dengan bergotong royong, banyak hal yang telah
dilakukan bangsa kita di masa lalu, mulai dari mendirikan rumah,
mengerjakan sawah, membantu tetangga yang sedang berduka hingga
saling bahu membahu berjuang dan memproklamasikan kemerdekaan negara.
MANFAAT GOTONG ROYONG
Dengan bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi
lebih ringan. Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat
Indonesia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai
sesama, bangsa kita punya tujuan yang sama yaitu memajukan bangsa ini. Untuk
meraih tujuan tersebut maka kita seyogianya selalu siap untuk bekerja
sama dengan semangat gotong royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih
bila kita lakukan gotong royong dengan orang lain.
KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG
Kebaikan mengamalkan
amalan gotong-royong atau kerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat
positif anatara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu
tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu
semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu
diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan.
Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi
dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu
suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan
urbanisasi.
Aktiviti gotong-royong
juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program
Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung
atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di
kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Bergotong-royong juga
boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi
sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan
kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.
Kegiatan ini amat
berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh
biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting
dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan
daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui bertapa senangnya untuk
menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan
ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga
boleh diperaktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa
dikawasan tempat tinggal.
Dalam agama Islam juga
turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang
seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ sudah menjadi
tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah
sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu,
sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam
sekitar sentiasa terpelihara.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Situasi seperti ini adalah
amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari
penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan
murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari
seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama
masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan
dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu
yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi
muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti
Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai
penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang
hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih
menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju
dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah,
forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai
satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada
orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu
rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan
Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI)
bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai
untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.
KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara
pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di
Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang
berguna untuk merapatkan persefahaman persefahaman antara kaum itu, dan tidak
dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarkat yang kondusif. Melalui
semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang,
mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak
ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama
individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaaan untuk Negara mara
lebih ke depan dalam era globalisasi ini.
Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang
sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti
penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan
penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak
kata pepatah melayu,”BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong
ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan
belanjanya akan menjadi mudah dan kecik kosnya jika dilakukan bersam-sama. Itulah
prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu nenjadi kotor kerana
masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja
ubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidaj
sempuran diuruskan itu. Tidak kiralah samaada menyumbangkan derma atau tenaga
untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat cukup bermakna untuk
pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
DEFINISI GOTONG-ROYONG
Mengikut
Kamus Dewan, gotong royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama.
Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan si kampung-kampung dan kurang
dilakukan di bandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong
ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan
perpaduan antara kaum.
Manakala,
perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,
agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa dengan memberi komitmen
yang penuh dengan identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh
individu. Manakala, Intergriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk
merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara
negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk
satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
OBJEKTIF
OBJEKTIF INI MERUJUK KEPADA GOTONG ROYONG
1. Memberi
kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2. Mengenalpasti
masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
3. Mengharapkan semangat gotong-royong di antara
kaum untuk mengeratkan silaturrahim.
Sunday, 24 September 2017
Apakah kita semua tahu tentang kepentingan "bergotong-royong"?????
gotong-royong bukan sahaja untuk orang tua-tua jerr....tp kita yang muda-mudi ni pon perlu libatkan diri dalam aktiviti gotong-royong...๐๐๐
gotong-royong ni lagi bagus daripada kita pergi melepak , merempit ....berdating ๐ฏ๐ฏ๐ฏ
gotong-royong pon ade jugak yang best nyerr .... cuma kita perlu libatkan diri jerr dengan golongan masyarakat dari situ laa kita akan ada kesedaran untuk terlibat dalam gotong-royong๐๐๐
Saturday, 16 September 2017
Cuti hari Malaysia ni semua mesti sibuk nak "rest" dekat rumah ...........
tapi...cube tengok kawasan rumah kita?? berselerak x dengan daun-daun dah mati...pasu-pasu bunga jadi tempat air bertakong...
dah malas sangat..cube "try" cara ini ⇙๐๐๐
1. ambil 3 minit tengok sekeliling kita... nampak apa ??
2. cube "try" kemas sikit-sikit dulu benda yang bersepah dekat dengan kita๐
3.mula dah rasa semangat ??..cube tengok kat luar pula..kot2 nampak sesuatu "wajib" kemas kerr??
4.haa... berselerak??...hahhaha๐ jom pakat-pakat gotong - royong 1 family bersihkan rumah ....kat sk kne buat tak kan kat rumah malas kot ๐๐๐๐hahahhahah...
selamat mencuba๐๐๐๐
tengok tuu๐๐๐ budak-budak tadika pon rajin nak bergotong - royong
Subscribe to:
Posts (Atom)