Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara
pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di
Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang
berguna untuk merapatkan persefahaman persefahaman antara kaum itu, dan tidak
dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarkat yang kondusif. Melalui
semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang,
mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak
ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama
individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaaan untuk Negara mara
lebih ke depan dalam era globalisasi ini.
Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang
sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti
penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan
penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak
kata pepatah melayu,”BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong
ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan
belanjanya akan menjadi mudah dan kecik kosnya jika dilakukan bersam-sama. Itulah
prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu nenjadi kotor kerana
masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja
ubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidaj
sempuran diuruskan itu. Tidak kiralah samaada menyumbangkan derma atau tenaga
untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat cukup bermakna untuk
pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
No comments:
Post a Comment