Kebelakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti
komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan
golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa
dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca
yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Antaranya:-
·
Kekangan
masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa. Mereka sibuk
dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu
keluarga dll)
·
Kurang
kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
·
Remaja beranggapan
bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
·
Remaja
lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai
kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
·
Sesetengah
remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah
seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.
·
Sesetengah
ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti
tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dll.
·
Remaja
menganggap gotong-royong kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upah atau
ganjaran.
·
Remaja
lebih suka menyendiri dan tidak mahu bergaul rapat dengan masyarakat
sekeliling.
·
Remaja
banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan
video, mendengar muzik dan lain-lain
Hi
ReplyDeleteHi
DeleteOi
ReplyDelete