Situasi seperti ini adalah
amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari
penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan
murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari
seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama
masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan
dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu
yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi
muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti
Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai
penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang
hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih
menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju
dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah,
forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai
satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada
orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu
rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan
Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI)
bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai
untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.
No comments:
Post a Comment