Sunday, 1 October 2017

FAEDAH-FAEDAH AMALAN GOTONG ROYONG

Antara faedah-faedah amalan gotong royong adalah ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ˜‰

1  mempercepat dan meringankan kerja

2  menjimatkan wang

3  merapatkan silaturahim

4  menimbulkan rasa tanggungjawab



Masyarakat Melayu dahulukala terkenal dengan amalan gotong-royong.  Namun demikian,  kini amalan gotong-royong semakin luntur dan dilupakan. Sebenarnya,  banyak faedah dapat diperoleh daripada amalan gotong – royong.

Antara faedah itu ialah gotong –royong dapat mempercepat dan meringankan sesuatu kerja.  Sebagai contohnya, jiran tetangga membantu sesebuah keluarga dalam persiapan untuk kenduri kahwin.  Dalam kerja membina jambatan kayu atau membersihkan kawasan perumahan pula,  penduduk menyumbangkan tenaga untuk melakukannya secara beramai-ramai.

Selain itu,  amalan gotong-royong untuk melakukan sesuatu tugas juga menjimatkan wang.  Hal ini demikian kerana amalan gotong-royong tidak membabitkan pembayaran upah.  Orang-orang yang menyertai gotong- tidak membabitkan pembayaran upah.  Orang-orang yang menyertai gotong-royong berbuat demikian secara sukarela. Mereka bersedia untuk menyumbangkan tenaga dan masa demi kebaikan bersama.

Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat merapatakan silaturahim sesama anggota masyarakat.  Sifat mesra dan akrab terjalin sesama jiran tetangga secara tidak langsung.  Kemesraan dan keakraban yang terjalin itu akan melahirkan sifat penyayang dalam kalangan jiran tetangga apabila seseorang jiran itu memerlukan bantuan kecemasan, seperti dalam hal kematian dan kebakaran rumah.

Seterusnya,  amalan gotong –royong juga dapat menimbulkan rasa tanggungjawab masyarakat untuk menjaga harta benda awam.  Mereka akan menyedari kepentingan dan faedah kemudahan awam kepada masyarakat.  Dengan itu,  perbuatan golongan remaja yang merosakkan kemudahan awam dapat dielakkan.

Kesimpulannya, amalan gotong-royong telah diwarisi oleh masyarakat Malaysia sejak zaman-berzaman. Oleh itu,  usaha harus diambil untuk menyuburkan amalan ini dalam generasi muda.

Aktiviti Gotong Royong oleh Jabatan Kimia Malaysia

  
                                                                                                                                                          Program Gotong Royong Perdana 2017 Jabatan Kimia Malaysia
Pada 4 April 2017,Petaling Jaya,Program Gotong Royong Perdana 2017 Jabatan Kimia Malaysia , Ibu Pejabat yang diadakan di sekitar kawasan jabatan.
Objektif program gotong royong :
(melibatkan semua warga KIMIA) 
  • Untuk memperindahkan persekitaran jabatan.
  • Untuk memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk di sekitarnya.
  • Dapat menyemai semangat kekitaan, permuafakatan serta perasaan ‘sense of belonging’ warga Kimia kepada Jabatan Kimia Malaysia dicintai.

Aktiviti yang telah diadakan di sepanjang program :

  1. kerja-kerja pembersihan di sekitar jabatan.
  2. mengecat pagar.
  3.  pembahagi jalan.
  4. menanam pokok dan sebagainya.

Sempena Program Gotong Royong Perdana di Jabatan Kimia Malaysia di Ibu Pejabat, suatu jamuan telah diadakan untuk semua warga Kimia yang telah berhempas pulas dalam menyumbang tenaga dan keringat dalam menjayakan program ini. Jamuan ini telah ditaja oleh YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia bersama-sama dengan semua para pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat baru-baru ini.

Wednesday, 27 September 2017

Remaja zaman sekarang..nk nampak bergotong-royong harapkan dekat sekolah..u dengan kolej๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€tp nk ampak mereka bergotong-royong dalam kawasan kejiranan..ntah bile laa๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ

apakah cara untuk kita menarik remaja masa kini untuk terlibat dalam aktiviti bergotong-royong????
Pada pendapat korang........knape semangat bergotong-royong semakin pudar di kalangan generasi sekarang....adakah disebabkan perkembangan teknologi hubungan kita sesama manusia semakin jarak atau hanya di alam maya..๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ๐Ÿ’ซ
Apakah perkara yang paling "enjoy" masa gotong-royong ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

selain dapat  makanan freee...nyumm..nyumm





Monday, 25 September 2017

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, aktiviti gotong-royong kepda masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’. Pada pendapat kami, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan Surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian. 

ISU SEMASA BERKAITAN GOTONG-ROYONG

Sebahagian ahli KRT Serendah yang menyertai gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Paya Mengkuang, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS 6 April – Budaya gotong-royong perlu terus disuburkan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda bagi memastikan warisan budaya itu tidak luput ditelan zaman.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Serendah, Kadir Ismail berkata, aktiviti tersebut mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan.
“Budaya yang baik ini perlu dipertahankan bagi memastikan golongan muda akan mewarisi perkara tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas gotong royong di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Mengkuang di sini hari ini.
Program yang mendapat kerja­sama daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rantau Panjang itu dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Mas, Datin Seri Suhanie Deraman.
Selain bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan, pihaknya turut mengecat pagar dan papan tanda yang terdapat di tanah perkuburan tersebut.
“Lebih 150 ahli KRT serta penduduk kampung termasuk golongan belia tidak melepaskan peluang untuk menyertai program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, memgecat dan sebagainya.
“Aktiviti ini diharap dapat memupuk kerjasama antara ahli-ahli KRT dan penduduk tempatan di samping memberikan keceriaan penduduk,’’ ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya me­ngucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sanggup bermandi peluh untuk membersih­kan kawasan ini.

PROGRAM gotong-royong diadakan bertujuan mencegah penularan wabak H5N1.

KUALA LUMPUR 9 April – Kira-kira 300 penduduk dan peniaga Pasar Harian Selayang di sini bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran pasar ber­kenaan sebagai langkah mencegah penularan penyakit termasuk wabak selesema burung atau H5N1.
Program anjuran Rumah Amal Cheshire Selangor dan Pasar Harian Selayang itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
Pegawai Penyelaras Program Abdul Aziz Mohd. Alias berkata, program itu juga merupakan platform kepada peniaga, penduduk dan agensi terlibat untuk turun padang dan sama-sama menjalankan aktiviti membersihkan kawasan persekitaran yang menjadi tum-puan orang ramai itu.
“Menjaga kebersihan bukan untuk keindahan persekitaran sahaja, tetapi juga menjaga kesihatan masyarakat terutama dalam usaha mencegah penularan wabak denggi dan terbaharu H5N1,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai program tersebut.
Yang turut hadir Ahli Majlis MPS, Mohd. Fauzan Madzlan.
Beliau berkata, penglibatan semua pihak menunjukkan kesedaran mereka betapa pentingnya pencegahan di peringkat awal.
“Peniaga dan penduduk tidak menghalang cadangan DBKL membina pusat penyembelihan ayam di kawasan ini, tetapi perlu memastikan ia tidak memudaratkan masyarakat sekitar.

“Usaha ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana difahamkan tapak projek terletak berhampiran de­ngan 60 kawasan perumahan dan bayangkan jika berlaku penularan wabak tersebut,” kata-nya.


TIMBALAN Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner, Norizan Murad (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid (empat dari kanan) turut serta dalam Program Gotong-royong Perdana Sambutan Hari Polis ke-210 di Tanah Perkuburan Alor Ladang di sini hari ini.

KUANTAN 1 April - Gotong-royong merupakan pendekatan terbaik untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat di samping melaksanakan kempen atau ceramah.
Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Norizan Murad berkata, pelbagai platform boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat dalam usaha mendapatkan maklumat sekali gus matlamat untuk mencegah jenayah dapat dicapai.
``Kita mahu mengeratkan hubungan antara masyarakat dan polis bukan sekadar sebagai jaringan penyalur maklumat tetapi juga mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
``Pada program kali ini pihak polis bukan sekadar melakukan aktiviti pembersihan di kawasan tanah perkuburan tetapi dalam masa yang sama dapat beramah mesra dan mengenali penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Polis ke-210 di sini hari ini.
Seramai 170 anggota termasuk pegawai terlibat dalam aktiviti gotong-royong yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Alor Ladang, Beserah di sini.
Menurut Norizan, program-program bersama komuniti sememangnya cukup signifikan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuma berbeza pendekatan dan lokasi.
``Seperti tema sambutan kali ini iaitu 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'. Demikianlah yang kita harapkan setiap kali pelaksanaan satu-satu program bersama komuniti.
``Saya harap hubungan baik PDRM dengan masyarakat berterusan dan tidak terhenti sebaik sahaja pelaksanaan program itu selesai," jelasnya.

Tambahnya, beliau berharap lebih banyak lagi program bersama masyarakat diadakan termasuk penganjuran dari pihak penduduk sendiri. -UTUSAN ONLINE

PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Kebelakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya:-

·                     Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa. Mereka sibuk dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu keluarga dll)
·                     Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
·                     Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
·                     Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
·                     Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.
·                     Sesetengah ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dll.
·                     Remaja menganggap gotong-royong  kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upah atau ganjaran.
·                     Remaja lebih suka menyendiri dan tidak mahu bergaul rapat dengan masyarakat sekeliling.

·                     Remaja banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan video, mendengar muzik dan lain-lain

SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR

Malas

Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang, oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan gotong royong.

Kesibukan

Tak sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hampir tak ada waktu untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan uang untuk membayar orang lain untuk mewakili mereka saat ada gotong royong.

Kecemburuan Sosial

Sering adanya bantuan langsung dari pemerintah membuat permasalahan tersendiri di masyarakat, hal ini tak lepas dari pembagian bantuan yang terkadang tidak tepat sasaran. Bahkan, berkembang asumsi di masyarakat terkait bantuan yang seharusnya dibagi rata. Nah, kecemburuan dan rasa iri inilah yang terkadang membuat orang jadi enggan untuk melakukan kegiatan seperti gotong royong.

Pemahaman Keliru Soal Bantuan

Bantuan untuk pembangunan dari pemerintah membuat orang terkadang keliru dalam memahami, banyak asumsi bahwa tak perlu ada gotong royong bila sudah ada bantuan dari pemerintah, karena tenaga kerja sudah di bayar dengan dana bantuan. Memang tak sepenuhnya keliru, namun ada kalanya bantuan juga butuh swadaya dari masyarakat, karena ada juga bantuan yang sifatnya stimulan dan butuh partisipasi dari masyarakat. Dengan banyaknya bantuan yang turun di masyarakat sehingga tak sedikit masyarakat yang akhirnya "ketergantungan" pada bantuan.

Kurang Bersosialisasi/ Egois

Ego orang yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.

  


Demikian tadi lima alasan atau penyebab budaya gotong royong semakin hilang. Mungkin saja tak sepenuhnya benar, tapi paling tidak dari kelima alasan tersebut berdasarkan pengalaman saya selama bermasyarakat. Bahkan masih ada alasan-alasan lain yang muncul, apalagi sekarang era globalisasi yang membuat orang terkadang berfikir praktis. Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak mau atau malas-malasan untuk bergotong royong, kalau sudah begitu, budaya warisan leluhur tersebut lambat laun akan mengilang.

SEMANGAT GOTONG-ROYONG

Masyarakat pada hari ini bersikap materialistik sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong terpinggir. Bincangkan halangan-halangan amalan bergotong-royong dan langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat untuk bergotong-royong.

            Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Masyarakat sanggup bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya, usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. Jika ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong.

            Antara halangan yang dihadapi oleh masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bergotong-royong ialah kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya. Masyarakat pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman. Masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur khususnya berfikiran lebih terbuka dan bersifat materialistik. Masyarakat menilai dari segi penampilan luaran dan mengamalkan sikap ‘bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’. Seseorang itu dinilai dari segi jenama pakaian, jenis kereta, jenis rumah, jawatan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh dalam bidang masing-masing.

Sehubungan dengan itu, masyarakat berlumba-lumba membanting tulang mengumpul kekuasaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Akibat daripada budaya pemikiran tersebut, kebanyakan masyarakat yang tinggal di kota raya mempunyai karier yang sibuk kerana rata-rata menjawat pekerjaan yang profesional seperti ahli perniagaan, peguam dan akauntan. Selain itu, bukan kaum lelaki sahaja yang keluar mencari nafkah bahkan kaum wanita turut ikut serta. Taraf kaum wanita dikatakan ‘berdiri sama tinggi duduk sama rendah’ dengan kaum lelaki dalam alam kerjaya. Ini dapat dibuktikan apabila kaum wanita diberi kepercayaan untuk menjawat pangkat yang tinggi dalam sesebuah firma besar. Lantaran itu, rutin harian banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. Kesan daripada itu, walaupun kegiatan bergotong-royong diadakan di tempat kediaman masing-masing tetapi amalan bergotong-royong tiada sambutan kerana masing-masing tiada di rumah. Malang lagi, ada yang langsung tidak mengambil peduli persekitaran sehingga tidak mengetahui adanya kegiatan bergotong-royong ini. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa kesibukan dalam kerjaya menjadi penghalang kepada amalan bergotng-royong.

            Institusi rukun tetangga yang tidak berfungsi juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan bergotong-royong. Institusi rukun tetangga ditubuhkan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan kawasan kediaman akan tetapi kemudahan ini tidak digunakan sebaiknya.
Pada suatu ketika dahulu, institusi rukun tetangga bergerak secara aktif yang diketuai oleh penghulu kampung. Organisasi ini juga melibatkan golongan pemuda-pemudi selain daripada golongan yang lebih tua. Secara tidak langsung, golongan muda dapat bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim dengan golongan tua seperti yang diuar-uarkan dalam kempen di televisyen iaitu ‘yang tua dihormati yang muda disayangi’. Pada setiap malam, penghulu akan mengadakan mesyuarat di balai raya untuk membincangkan keselamatan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
 Melalui itu, amalan seperti bergotong-royong dapat dijalankan dan masyarakat juga berpeluang untuk bergaul mesra. Apabila zaman telah berubah, kehidupan masyarakat juga mengalami anjakan paradigma. Kini, organisasi ini hampir tidak bergerak lagi kerana tiada pelapis untuk mengendalikannya. Orang muda sibuk berkerjaya sehingga ke luar negara kerana tawaran pendapatan yang lumayan. Ini memberi gambaran awal kepada kita bahawa golongan muda lebih memandang ganjaran untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, mereka tidak berminat mengendalikan institusi rukun tetangga yang tidak memberi pulangan hasil. Sebagai hasilnya, keruntuhan institusi rukun tetangga memberi pengaruh yang besar kepada amalan bergotong-royong.

Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Untuk memastikan kempen ini benar-benar berjaya, peranan media massa dan media cetak sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam televisyen, radio dan suratkhabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara meluas. Walaupun kempen seperti ‘cintailah sungai kita’ dan ‘jom ganyang aedes’ merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen ini secara tidak langsung menuntut masyarakat untuk bergotong-royong. Contohnya, kempen ‘jom ganyang aedes’ memerlukan masyarakat untuk bergotong-royong membersihkan kawasan tempat pembiakan aedes iaitu di longkang atau daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Kempen-kempen tersebut dilihat berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan tersebut di samping untuk menjaga kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil di atas kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah ‘yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’ yang akhirnya membuahkan hasil.
Bak kata pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi akan datang agar tidak ketandusan nilai ini, langkah seperti penerapan dalam pendidikan di sekolah wajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi. Dalam pendidikan, amalan ini dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan. Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan nilai-nilai murni dan mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan. Guru memberi pendedahan dan penerangan tentang nilai-nilai murni tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan para pelajar dengan amalan nilai-nilai murni. Selain itu, sekolah juga memain peranan penting untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong. Pada hari yang tertentu seperti Hari Guru, Hari Sukan dan pekhemahan pasukan beruniform, sekolah menetapkan pelajar dan guru untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara tidak langsung, para pelajar dipupuk amalan ini sejak dari bangku sekolah dan akan diteruskan sehingga dewasa dalam komuniti masyarakat. Oleh yang sedemikian, langkah menerapkan nilai ini dalam pendidikan oleh kerajaan harus dipuji.
Langkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan(NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan mewujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh menganjurkan pertandingan kampung tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. Dengan cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertainya dan mula bergotong-royong mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.


Secara tuntasnya, amalan bergotong-royong ini sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat sehingga kerajaan mengambil beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali amalan tersebut. Kerajaan boleh mengguna kaedah yang lain dan lebih kreatif untuk memikat masyarakat. Jika amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak aman dan sengsara. Sehubungan dengan itu, masyarakat harus bermula dari sekarang untuk mengubah diri agar amalan ini dipraktikkan sehingga akan datang dan dianggap amalan yang ‘tak basah dek hujan, tak lekang dek panas’. Sebagai penutup wacana, marilah kita belajar amalan yang baik ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, ‘yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan’

USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.



Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

CONTOH AKTIVITI GOTONG-ROYONG


Contoh kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong antara lain pembangunan fasilitas umum dan membersihkan lingkungan sekitar. Dengan bergotong royong, banyak hal yang telah dilakukan bangsa kita di masa lalu, mulai dari mendirikan rumah, mengerjakan sawah, membantu tetangga yang sedang berduka hingga saling bahu membahu berjuang dan memproklamasikan kemerdekaan negara.

MANFAAT GOTONG ROYONG

Dengan bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan.  Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Indonesia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai sesama, bangsa kita punya tujuan yang sama yaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita seyogianya selalu siap untuk bekerja sama dengan semangat gotong royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih bila kita lakukan gotong royong dengan orang lain.

KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG

Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif anatara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Bergotong-royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui bertapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.



Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG

      Situasi seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.



     Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai.    Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.

KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarkat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini.
Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah melayu,”BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING”.    Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan belanjanya akan menjadi mudah dan kecik kosnya jika dilakukan bersam-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu nenjadi kotor kerana masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja ubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tidaj sempuran diuruskan itu. Tidak kiralah samaada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.

DEFINISI GOTONG-ROYONG

Mengikut Kamus Dewan, gotong royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan si kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.


Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa dengan memberi komitmen yang penuh dengan identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala, Intergriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

OBJEKTIF


OBJEKTIF INI MERUJUK KEPADA GOTONG ROYONG

1.  Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2.  Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini

3. Mengharapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan                  silaturrahim.

Sunday, 24 September 2017


Apakah kita semua tahu tentang kepentingan "bergotong-royong"?????

gotong-royong bukan sahaja untuk orang tua-tua jerr....tp kita yang muda-mudi ni pon perlu libatkan diri dalam aktiviti gotong-royong...๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

gotong-royong ni lagi bagus daripada kita pergi melepak , merempit ....berdating ๐Ÿ‘ฏ๐Ÿ‘ฏ๐Ÿ‘ฏ

gotong-royong pon ade jugak yang best nyerr .... cuma kita perlu libatkan diri jerr dengan golongan masyarakat dari situ laa kita akan ada kesedaran untuk terlibat dalam gotong-royong๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ



Saturday, 16 September 2017

Cuti hari Malaysia ni semua mesti sibuk nak "rest" dekat rumah ...........
tapi...cube tengok kawasan rumah kita?? berselerak x dengan daun-daun dah mati...pasu-pasu bunga jadi tempat air bertakong...
dah malas sangat..cube "try" cara ini ⇙๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
1. ambil 3 minit tengok sekeliling kita... nampak apa ??
2. cube "try" kemas sikit-sikit dulu benda yang bersepah dekat dengan kita๐Ÿ˜•
3.mula dah rasa semangat ??..cube tengok kat luar pula..kot2 nampak sesuatu "wajib" kemas kerr??
4.haa... berselerak??...hahhaha๐Ÿ˜ jom pakat-pakat gotong - royong 1 family bersihkan rumah ....kat sk kne buat tak kan kat rumah malas kot ๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•hahahhahah...
selamat mencuba๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—

tengok tuu๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ budak-budak tadika pon rajin nak bergotong - royong